Re-dah
Assalamualaikum.
baru habis meng-designnya hari-itu. Hari-tu dah lama dah rasanya. Ezzati Amira. Rasanya dia buat baju songket tak silap. Ke designer? Entah lupa. Tapi ada pasal dia kat desiderata mag. Ayat dia really inspiring. Sangat kene dengan diri sebenarnya.
Sebab hari-itu saja saja masuk mural face competition dengan kawan. Rasanya 2 jam sbelum tu baru pening kepala nak lukis apa kat muka orang. Sejujurnya aku bukan orang pro bab lukih semuaa ni. Aku just express apa yang ada dekat kepala. Tapi sebabnya time tu serabut sikit. Hari ahad pula tu, kerja banyak tak siap. Pastu takde sapa nk volunteer relakan muka diorang kena conteng pakai buncho watercolour. Aku juga tak gerenti okeh ke tak calit kat muka. So memang redah je.
Dan akhirnya baru laa aku sedar melukih dkat muka orang lebih susah tahap tera berbanding lukih atas kertas atau kanvas. But then aku habih kan teruih. Walau dalam hati rasa makin lama aku tacap makin agak tak-lawa. (bahasa nak sedapkan hati) . Sebab aku tak rasa puas nk conteng. Aku kalau instinct kepuasan aku tu takde, rasanya outcome dia mesti tak best. Ada part yg suka , ada part yang hati aku hancur lebur. sebab jujurnya macam putih sangat muka kawan ak yg volunteer tu. Sampai aku dengar satu ayat ni. "Dari jauh macam momok dah aku tengok kau mi, (Mi-kawan aku)
Aku memang tak kisah orang lain komen apa, memang aku perlu kritikan dr orang . Tapi kesian aku kat kawan aku. Esok muka dia naik gatalgatal. Sebab sensitip. Aku tenyeh dengan bunchowatercolour kot. Seminggu baru baik :|
Tapi,
aku belajar sesuatu.
When we creating something, we always create it first in a thought form. If we are basically positive in attitude, expecting and envisioning pleasure, satisfaction and happiness, we will attract and create people, situations, and events which conform to our positive expectations.
Next month, kiteorang dapat tahu kiteorg dapat 2nd place. Aku tahu sebab dia tampal gamba group mana yang menang. Memang peliks. Ahaha. Terubat sikit sakit kat kawan aku tu. Entahlah, rasanya group lain ramai je talented. Tapi double kesian kat kawan aku. Muka dia ramai orang tengok. :D


Comments
Post a Comment