[bergantung]

Ada satu peristiwa semasa aku ditahan wad. Aku ditahan wad disebabkan ligamen di buku lali aku koyak teruk (grade 3). Atas kecuaian bila turun gunung.
--
"Aku boleh buat sendiri lah!” Bergema sekeliling wad dengan suara makcik yang sudah berumur. Semua mata pandang kepada katil paling hujung yang didiami seorang makcik kelihatan seperti 60-an. Muka anak lelaki disebelahnya merah padam.

“Okay. Silalah gerak sendiri.” Anak lelakinya itu meluncur keluar. Semua orang hanya terdiam tidak tahu. Makcik itu kelihatan bersusah untuk bangun dari katil. Kakinya terketar mencari selipar.

Masa-masa ni teringat ma dan abah di rumah. Kalau abah atau ma tak sihat (demam ke atau apa yang serius) nak bawa ke hospital, memang tak nak. Nampak tak sihat pun, masih kata kuat lagi, boleh bergerak kesana sini , berkerja seperti biasa.

Aku hanya menggeleng.

Makcik disebelah aku dipandang sayu. Seorang budak perempuan mungkin dalam belasan tahun sedang duduk di sisinya sambil makan dengan gelojoh tanpa sedikit pun menunjukan rasa kasihan pada ibunya. Makcik ini, pada esok hari harus mengambil ujian gula, maka seharian hari ini dia berpuasa.

“Ummi, passkan botol air tu.” Kata dia sambil menunjuk pada botol air yang berada agak jauh darinya. Sang ibu berusaha menghulurkan tangan untuk mencapai botol air sehinggakan harus bangun dari baringannya.

Aku langsung mencapai botol air itu.

“ Kenapa kau tak ambil sendiri?” Budak itu mengangkat muka. Mungkin terkejut dengar aku tiba-tiba bersuara.

Entah kenapa 2,3 hari ini hati aku sangat sensitif. Aku rasa belia zaman sekarang ini terlalu kurang common sense.
Terlalu kurang empathy.
Terlalu kurang memikirkan tentang orang lain.

Hidupnya berputar sekitar dia.
Kemudahannya.
Kesenangannya.
Kehidupannya.
Makannya. Tidurnya. Sihatnya.

“Cepat. Bagi sini air tu.” Budak itu bersuara padaku. Aku hanya diam tak berkutik. Makcik yang tadinya bangun dari katil baru sampai jarak separuh wad. Aku menghulurkan botol air itu pada budak itu. Just let it go.

--

Dunia ni berputar dengan cara yang sangat ironik.
Orang yang paling mampu menjadi orang yang banyak bergantung pada orang lain.
Orang yang paling membutuhkan bantuan itu pula, yang paling segan memohon pertolongan.

Boleh sahaja, selagi mampu,
kita berusaha buat segalanya sendiri.
Malah, lebih baik lagi,
andai kita lebih berusaha membantu orang lain dalam memudahkan urusan mereka.

Jadilah tangan tak lokek untuk memberi.
Dalam segala ruang masa, tempat dan tenaga.

Dan elakkan menjadi tangan yang dibawah.
Tangan yang menerima.
Dan usahalah berdikari.
Mengurus diri sendiri.
Menyelesaikan masalah peribadi tanpa terlihat orang.
melangsaikan urusan tanpa ternampak lemah kita bergantung dengan orang lain.

-

“Ma buat apa?” Mama menunjuk pada kepingan-kepingan kayu yang ingin digunakannya untuk baiki almari kasut yang hampir roboh.

“La, kenapa tak panggil kakak atau abglang ke?” Aku menyinsing lengan baju untuk cuba membantu keluarkan segala kasut-kasut lama dalam almari itu.

“Mama boleh buat sendiri."

-

Self dependence.
Its not feminism, nor showing off that we’re strong,
But its about doing everything that we can do using what Allah give us the most.

Buat sendiri. Berdikari.
Hatta benda kecil.




Comments